Saturday 27 August 2016

Trip to Bandung Indonesia 2016

Assalamualaikum semua!
Yeay, its weekend!
So00oo, time untuk blogging!
**time weekend je laa bleh update blog, time weekdays buzy**

Well, topik kita pada kali ini ialah
tips melancong ke Bandung Indonesia.
Alhamdulillah, kami ke Bandung pada 17 Ogos 2016 hingga 22 Ogos 2016 lalu.
Kunjungan ke Bandung, bukanlah kunjungan pertama kali,
tapi kunjungan ini ialah kunjungan yang kedua kalinya.

Kami pernah ke Bandung pada tahun 2012,
trip pada 2012, disertakan dengan trip ke Jakarta.
Ini bermaksud dari KLIA, kami menaiki Garuda Airlines, sampai ke Jakarta,
menaiki bas ke Bandung dan pulang ke Jakarta balik dengan menaiki bas juga.



Trip yang kedua, kami hanya ke Bandung sahaja. So, dari KLIA 2 kami terus ke Airport Bandung.

So disini, saya nak share sedikit pengalaman turun di Airport Bandung dan Airport Jakarta.

Jika anda mahu ke Jakarta sahaja, anda perlulah terus turun di Airport Jakarta.
Tetapi jika anda ingin mengunjungi Jakarta dan Bandung, bolehlah memilih sama ada ingin turun di Airport Bandung atau Airport Jakarta.

Jika anda berada di Jakarta dan ingin ke Bandung, ada beberapa cara yang boleh anda pilih,
Iaitu, dengan menaiki bas, teksi atau kereta api.
Jarak perjalanannya akan mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Tetapi anda perlu ingat, jangan sesekali menaiki bas atau teksi pada hari minggu, kerana masa yang akan anda ambil untuk sampai ke Bandung akan lebih dari 3 jam.
Kerana pada waktu itu, kebanyakan orang Jakarta akan turun ke Bandung untuk 'libur' dan 'belanja', so jalan akan jadi sangat 'jammed'. *kitorang pernah merasa 'jammed'. sekso den dibueknyo' 

#kenangan di Monas, Jakarta pada tahun 2012

Ok, berbalik ke trip kami pada kali ini.
Seperti biasa (macam trip2 sebelum ini, ke Turki dan Singapore) pastinya trip ke Bandung juga ialah trip lawatan sambil belajar. *2in1 trip*
Maksudnya, pergi conference sambil2 tu melawat tempat orang 
*sebenarnya nak release tension jugak, huhu*
rugi sebenarnya, jika berjalan tidak membawa pulang senaskah artikel yang telah dipublish.


Bandung DAY-1
Perjalanan kami bermula seawal jam 7 pagi. Jam 7, kami sudah menapak di Airport Sultan Mahmud, Terengganu. 
Perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines, menuju ke KLIA.


Setelah sampai di KLIA, terus menaiki ERL train ke KLIA 2, kerana penerbangan seterusnya ialah pada jam 3 petang menaiki penerbangan AirAsia.



Reason beli 2 penerbangan yang berbeza?
Mestilah kerana pilihan harga yang paling murah. hehehe

Perjalanan lebih kurang 2 jam 10 minit, maka sampailah kami di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara. Airportnya kecil sahaja, saya suka-saya suka. Tak perlu jalan jauh-jauh.


Setelah sampai, anda akan diberi 1 keping untuk 1 family kad berwarna putih.
Kad tersebut hendaklah diisi, antara maklumat yang dikehendaki; nama, no tel, no passport, membawa berapa ahli keluarga, menetap dimana di Bandung (masukkan nama hotel).

Anda xperlu 'gaduh-gaduh' *dialect terengganu* maksudnya tak perlulah kelam kabut mengisi kad tersebut, kerana kad itu akan diambil oleh pihak kastam setelah proses pengambilan bagasi. So, time tunggu bagasi, time tu baru nak isi pun takde masalah.

Setelah selesai segala urusan di Airport, maka perjalanan diteruskan untuk ke Hotel.
Ok, kami nak hinglightkan kat sini bahawa perjalanan kami 6 hari 5 malam, hanya 1 hari sahaja kami menggunakan khidmat supir. 
Hari lain-lain bagaimana? Tunggu cerita kami yang seterusnya...

Berbalik pada penceritaan yang asal, setelah selesai urusan di Airport, kami terus menuju ke Hotel dengan menaiki teksi. Untuk pengetahuan semua, Teksi yang menggunakan meter *yang boleh dipercayai* ialah Teksi Blue Bird. Namun, harus diingatkan bahawa, di Airport tiada teksi Blue Bird *maybe perjanjian diorang dah kot, teksi Blue Bird boleh ke mana sahaja asalkan tidak di Airport. So, setelah berlakunya proses tawar menawar, kitorang ambil teksi lain *tak perasan nama apa ntah teksi tu*, dengan harga IR50,000. 

Kami menginap di Hotel Naripan.


6hari 5 malam including breakfast RM650 (through Agoda).
*Kat sini, xboleh booking by call, kena booking via travel agent.
So, the best price yang kitorang dapat adalah via Agoda.

Kat sini, nak share sedikit tips tentang Bandung.

1. Waktu
Waktu dibandung awal 1 jam dari Malaysia. Namun begitu gelap dan cerahnya sama dengan Malaysia. Ini bermaksud jika diMalaysia cerah adalah pada jam 7 pagi, di Bandung Jam 6 pagi.
So maksudnya, jika Subuh di Malaysia Jam 5.30, di Bandung Jam 4.30. 
Sama jugak dengan zuhur jam 1.15 di Malaysia, dibandung 12.15 dah zuhur. 
So, gelapnya pun awal, jam 6petang dah gelap.
Namun, ruginya ada sesetengah kedai di Bandung buka Jam 10 pagi dan tutup seawal jam 9 malam.
Jam 10 suasananya sama macam jam 11 di Malaysia.

2. Duit
Indonesia menggunakan matawang Rupiah. 
Kadang-kadang naik pening jugak, sebab sampai berjuta-juta rupiah duit dalam dompet.
Cara mudah untuk kira, contoh
IR 100,000 bersamaan RM30++
so cara nak 'calculate' mudah sahaja
buang 3 kosong di belakang, jadik 100. 100 bahagi 3. So jadik 33.3333.

Contoh ke-2 IR5000.
So buang 3 kosong dibelakang, jadik 5.
Then 5 dibahagikan dengan 3.
Jadik RM 1.6667.

Senangkan? 

3. Pilihan Hotel
Jika anda ingin shopping, anda bolehlah menempah hotel yang dekat dengan tempat shopping outlet. Ada banyak pilihan hotel di Bandung,
Macam kami, kami memilih hotel yang dekat dengan tempat Conference.
Biliknya mestilah luas *sebab bawak anak*, ada wifi, ada breakfast dan ada water heater.

4. Tempat-tempat menarik di Bandung
Ada pelbagai tempat menarik yang boleh anda kunjungi.
Tempat untuk 'Libur'
a) Tangkuban Parahu
 b) Farm House
Weekend: IR50000
c) Kawah Putih
d) Strawberry Farm
e) DeRanch 
Weekend: IR20000
f) Dusun Bambu
Weekend: IR20000
g) Alun-alun Bandung (Free of Charge)
h) Trans Studio Bandung
Weekdays: IR170000 (10pagi-9malam)
Weekend: IR270000 (10pagi-10malam)

n etc.

Tempat untuk 'Belanja'
a) Pasar Baru (telekong, baju and kain sulam, kerepek, buah-buahan, cenderahati, tshirt murah, kain batik n so on. 
b) Factory outlet Jalan Riau, Rumah Mode, Paris Van Java (baju2 blouse, kemeja, thirst)
c) Rumah Tas, Terminal Tas (Pelbagai jenis beg)
d) Toko 3, Jalan Cihampelas (Jeans)


5. Perjalanan di Bandung
Perjalanan ke sesuatu tempat agak jauh, so anda boleh pilih, ingin menaiki teksi, atau menggunakan khidmat supir.
Macam kami, kami hanya menggunakan supir sehari sahaja untuk ke Farm House.
Harga supir yang kami dapat IR386000, lebih kurang RM130.
Bayangkan klu 5 hari, x ke jadi RM650? Rugi-rugi.

So macam mana kami jalan?
Hari-hari lain kami naik Angkot Bandung.
1 trip hanya IR3000 sahaja, bersamaan RM1.

Nak tahu macam mana? Jom baca Bandung Day-2








1 comment:

  1. Salam
    Pakej BAJET MURAH BANDUNG hanya rm220 (included bilik hotel,buffet breakfast and transport).

    butiran perjalanan (boleh tukar)
    Day 1
    >Pasar Baru
    >Toko Tiga (Branded Jeans)
    >depasion factory outlet kain potong
    >rumah kain dan telekung
    >Factory Outlet At Jalan Riau and Dago

    Day 2
    >Tangkuban Parahu Crater
    >floating market Lembang, deranch, taman bunga begonia, pelangi waterfall, the lodge of maribaya, grafika cikole Lembang
    >Membeli-belah di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre

    day 3
    >kawah putih crater
    >cibaduyut street area barangan kulit
    >masjid agung bandung, alun2 area and braga area
    >paris van java shopping mall

    Day4
    > Oleh-2 Bandung (cake Lapis, Brownies Amanda, dan Kartika Sari)
    >Airport transfer


    *rate per person :
    RM370 per person if 2 person
    RM295 per person if 3 person
    RM260 per person if 4 person
    RM235 per person if 5 person
    RM230 per person if 6 person
    RM220 pdr person if 7 person

    *rate included
    ~transportation type kereta is toyota avanza or Luxio included = petrol,parking,pemandu,kereta dan high way tiket.
    ~1 room at new hotel berbintang at bandar dimuat 2 person
    ~buffet breakfast

    *rate is not included
    ~lunch and dinner
    ~entrance fee per kereta and entrance fee per person at tempat lawatan


    MAS FATURRAHMAN
    WHATSAPP / CALL / TEXT / TELEGRAM

    +62 8956 0220 4291

    +62 8956 0220 4291


    email & fb
    omegajayatour@gmail.com

    ReplyDelete